Perang Kempen Di Kuala Terengganu
Setelah sekian lama kita berteka-teki siapakah yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, akhirnya semuanya telah terjawab. Tiga orang calon telah diumumkan akan bertanding di dalam pilihanraya yang bakal berlangsung pada 17 Januari ini.
Tiga orang calon tersebut adalah: Datuk Wan Ahmad Farid, calon BN; Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS; dan Azharudin Mamat@Adam, sebagai calon bebas. Naib presiden parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Harun Mohamad yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding, memutuskan tidak berbuat demikian. Beliau masuk ke pusat penamaan calon pada jam 9.20 pagi tetapi keluar semula dan mengumumkan penarikan diri di saat akhir. Hmm.. nampaknya memang memerlukan semangat yang kuat untuk mencalonkan diri dalam sesuatu pilihanraya.
Walaupun pilihanraya kali ini dikatakan sengit, tapi kita tidak mendengar apa-apa berita mengenai pergaduhan atau bertikam lidah antara penyokong-penyokong parti. Yer la, ingat tak lagi masa pilihanraya raya di Permatang Pauh. Kecoh sana sini. Kadang-kadang kita pun tergelak dengan tingkah laku para penyokong yang fanatik ni.
Seramai 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos dijangka akan mengundi pada 17 Januari ini untuk memilih bakal pemimpin mereka.
Sebut pasal politik ni, teringat pula pada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan janji-janjinya. Ingat tak lagi pada tarikh 16 September 2008 yang diura-urakan menjadi hari bersejarah di mana Anwar akan menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?
Tapi apa yang terjadi sekarang? Tiada apa-apa yang berlaku malah semuanya senyap seolah-olah tiada janji yang pernah dibuat. Adakah ia satu gimik sahaja? Entah la.. Susah nak cakap sebab ada orang kata senyap-senyap berisi dan jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya.
Apa-apa hal pun diharapkan pilihanraya di Kuala Terengganu akan dijalankan dengan lancar tanpa sebarang penipuan ataupun pertelingkahan yang boleh memburukkan nama Malaysia. Let’s make this clean and clear for all.
Jom Sertai Kempen Sejuta Tandatangan
Bermula pada 27 Disember yang lalu, rakyat Palestin berada di dalam ketakutan apabila tentera Israel mula melancarkan serangan ke atas wilayah tersebut. Malah serangan ke atas Palestin itu masih dilancarkan sehingga kini.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Setiakawan Dan Persahabatan Malaysia-Palestin (PSPMP) akan menjayakan satu Kempen Sejuta Tandatangan untuk mengutuk keganasan dan kezaliman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.
Pihak PSPMP sehingga kini masih memerlukan sukarelawan untuk menggerakkan kempen tersebut.
“Orang ramai yang berniat menawarkan diri sebagai sukarelawan kempen ini boleh menghubungi Koordinator Kempen melalui nombor 018-3988553 atau e-mel mypalestine@gmail.com,” kata timbalan pengerusinya, Syed Hassan Shahab.
Tandatangan yang dikumpulkan akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk keganasan dan Kezaliman Israel ke atas rakyat bumi Palestin.
“Ia juga bertujuan mendesak kerajaan Amerika menggunakan kuasanya untuk menghentikan keganasan rejim Israel itu,” katanya lagi.
Serangan ke atas Palestin kali boleh dikatakan amat kejam kerana ada pihak yang mendakwa rejim Israel telah menggunakan senjata bahan kimia semasa serangan dilakukan. Israel didakwa menggunakan bahan kimia penuh kontroversi fosforus putih dalam bedilan bom ke atas sasaran di tengah Gaza. Sesiapa yang diselubungi asap tebal fosforus ini akan menyebabkan kulitnya terbakar. Ish kejam giler.
Jadi VOY nak menggalakkan korang yang prihatin untuk menyertai Kempen Sejuta Tandatangan ini. Mungkin inilah caranya untuk kita menunjukkan rasa benci kita terhadap keganasan di Palestin. Kalau nak pergi berjuang di sana memang susah la kan? Adalah lebih baik kita menyertai kempen ini daripada tidak berbuat apa-apa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PSPMP melalui email : sahabatpalestine@gmail.com
Video Lucah Budak Sekolah Berleluasa
Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni. Tak cukup dengan kes video ‘Pramuraga Terlampau’. Kini, muncul satu lagi video klip lucah yang tersebar di Internet berjudul ‘Budak Sekolah Terlampau”. Wah wah baru umur setahun jagung pun dah tergamak melakukan perkara macam ni. Yer la diorang ni tak malu ke video ni disebarkan di dalam Internet? Macam mana diorang nak berhadapan dengan masyarakat? Seolah-olah macam diorang ni bangga lak buat benda ni.
Kemudahan laman-laman web yang menyediakan teknologi memindah dan memuat turun klip video seperti Youtube dan Metacafe telah disalah guna. Bukan video ‘Pelajar Sekolah Terlampau’ jer yang boleh dijumpai di Internet ni. Banyak lagi video seperti ‘Skodeng Dalam Tanda Sekolah’, ‘Uniform’, ‘Budak Sekolah Tak Nak’ dan ‘Awek Sek Men Ganas’. Yang menyedihkan adalah kebanyakkan video ni menampilkan aksi pelajar-pelajar yang berpakaian seragam sekolah. Tak cukup ke pendidikan seks di sekolah sekarang ni?
Kalau korang baca tajuk-tajuk video klip ni pun korang akan jijik. Malah siap ada video klip yang dikategorikan sebagai ekstream. Ia memaparkan aksi sekumpulan lima pelajar lelaki yang berpakaian seragam sekolah melakukan seks beramai-ramai dengan seorang remaja perempuan.
Semua ni pastinya berpunca daripada video-video lucah yang boleh didapati dengan mudah di Internet. Sekarang ni dah tak main dah vcd atau dvd lucah. Semuanya online jer. DIorang ni semua sudah terlalu terdedah dengan video-video lucah sehingga menimbulkan perasaan ingin mencuba. Tak cukup dengan mencuba, mereka mula mencabar diri mereka dengan merakamkan aksi mereka sendiri di ranjang.
Jadi bagaimana kita nak mengatasi masalah ni? Kalau cikgu nak dipersalahkan pun tak boleh. Semuanya di luar pengawasan cikgu. Kalau cikgu merotan atau menghukum pelajar, masyarakat akan kata cikgu tu kejam dan tak berperikemanusian. Tapi bila dah jadi macam ni, semuanya tuding balik ke cikgu. Kesian para guru. Nak mendidik anak murid pun tak senang. Inilah ancaman di zaman moden.
Naik Bas Pun Pakai Tali Pinggang Keledar
Amacam sambutan tahun baru korang tahun ni? Mesti dah puas tengok bunga api masa tanggal 1 Januari 2009 hari tu kan? Seronok-seronok pun kita kena beringat juga sebab sekarang ni semua dah wajib pakai tali pinggang keledar di bahagian depan mahupun belakang. Tengok jer la berapa ramai dah kena saman dengan pihak polis atas kesalahan tak pakai tali pinggang keledar belakang. RM300 tu.. banyak tu.
Saman akan dikeluarkan terus ke atas penumpang yang berusia 17 tahun ke atas, manakala untuk mereka yang berusia di bawah 17 tahun, saman akan dikenakan ke atas pemandu. Kalau ada tiga anak kat belakang yang degil tak pakai tali pinggang, kena la bayar RM900. Fuh.
Ni ada satu lagi berita yang boleh dikatakan agak mengejutkan juga la. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), akan menjalankan fasa kedua iaitu menguatkuasakan penggunaan tali pinggang keledar ke atas semua penumpang kenderaan awam dan ini termasuklah bas ekspres dan teksi.
Wow.. tak tersangka pula naik bas pun kena pakai tali pinggang keledar. Terasa agak pelik juga la. Semuanya semata-mata demi keselamatan. Jadi apa pendapat korang? Nak ke korang pakai tali pinggang keledar dalam bas?
No More School Fees
I just read this news in the papers. In fact, having left school a couple years ago, even I didn’t know that the government had abolished school fees since last year. “Parents are constantly asking us about paying the fees but we have a clear directive from the Education Ministry since last year not to collect school fees,” said Nordin of Sekolah Kebangsaan Bangsar here.
Actually, it seems that even fees for primary and secondary school examinations (meaning UPSR, PMR, SPM etc) has also been abolished. Back when I was taking SPM, I remember the fee was quite high, somewhere around RM50 if I’m not mistaken.
“The only fee that we collect now is the annual RM1.50 insurance payment which benefits the pupils and not the school,” added Nordin.
Anyway, no annual fees does not mean free education. Parents still have to fork out money for exercise, activity and reference books. Other co curriculum needs such as sports and club t-shirts also still needs to be supported by the parents.
One parent, Md Arippin Suloh, said, “I am glad that schools are keeping the charges low as such additional expenses would burden families with more than two school-going children.”
So did you guys know that annual school fees had been abolished? It’s definitely a good step towards making it more affordable for education if not making it completely free. Anybody have brothers or sisters starting school this year? Let’s hope they have a fun and educational experience during their time in school.
Pulau Pinang Negeri Pertama Bebas Asap Rokok

Baru-baru ini, Clearinghouse for Tobacco Control (C-Tob), di Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), bakal menjalankan satu projek perintis bagi memantau kualiti udara di kawasan tumpuan orang awam di sekitar Pulau Pinang.
Cadangan ini selaras dengan cadangan C-Tob untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang bebas dari asap rokok memandangkan Georgetown telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan (UNESCO).
Prof. Rahmat Awang, Ketua C-Tob berkata cadangan berhubung perkara itu telah pun dikemukan kepada kerajaan negeri pada Oktober 2008 yang lepas, dan C-Tob masih menunggu jawapannya sehingga kini.
Bayangkan jika cadangan ini diluluskan, Pulau Pinang bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada asap rokok. Malah C-Tob juga akan memastikan tiada bilik yang dikhaskan untuk merokok dan kawasan yang dibenarkan bagi perokok kerana ia akan mencemarkan udara di sekeliling juga. Wow maksudnya rokok pun tidak akan dijual di Pulau Pinang lepas ni.
VOY berpendapat idea ni memang menarik sebab ia boleh memaksa perokok untuk berhenti merokok secara serta merta. Malah ia akan menarik para pelancong untuk datang ke Pulau Pinang untuk menikmati udara yang bebas daripada asap rokok. Sedikit sebanyak ia akan menaikkan industry pelancongan di negeri tersebut.
Siapa tahu suatu hari nanti negara kita akan menjadi negara yang pertama bebas daripada asap rokok di dunia ini. Perkara ini memang tidak mustahil jika semua pihak bekerjasama. Tak per. Kita lihat dulu apa hasilnya di Pulau Pinang. Jika berjaya, baru kita buat di negeri-negeri yang lain pula.
Selamat Tahun Baru
Happy New Year kepada semua pengunjung blog VOY. Sedar tak sedar kita kini dah mula melangkah masuk ke tahun 2009. Ish sekejap nyer masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, tahun 2008 sudah pun meninggalkan kita semua.
Jadi apa azam tahun baru kali ni? Azam nak dapat kereta baru? Azam nak dapat rumah besar? Atau azam nak kahwin tahun ni? Huhuhu… Apa-apa pun azam korang pastikan korang laksanakan azam korang tu… Kalau tak, tak berguna la korang berazam besar-besar.
Cuba ingat azam korang pada awal 2008. Dah terlaksana ke belum? Biasalah kehidupan kalau ada azam yang tak tercapai. Tak semua yang kita inginkan akan jadi kenyataan betul tak? Yang pasti berusaha tetap berusaha.
Selamat Tahun Baru 2009!!


